Penindasan ekonomi kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap Melayu…

  • May 8, 2022
  • 3 min read
Penindasan ekonomi kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap Melayu…

KENYATAAN PUTRA PULAU PINANG

8hb Mei 2022
(Tarikh Kelahiran Putra: Usia Putra 3 Tahun)
Terus Menongkah Kepentingan Melayu)

1.”Kerajaan negeri menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Peranrumahcangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata, Pulau Pinang akan mengharamkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa di hartanah bertanah dan bertingkat tidak lama lagi.”

2.Tidak habis-habis kerajaan DAP Pulau Pinang mencari alasan untuk menindas Melayu Pulau Pinang. Berbagai perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri seolah untuk menindas secara tidak sedar terhadap Melayu di Pulau Pinang. Perancangan pembangunan yang dilihat megah seperti infrastruktur, perumahan, premis perniagaan, kawasan perindustrian, dan sebagainya adalah untuk golongan kaya dan elit. Seolah satu perancangan “halus” menindas Melayu.

3.Kini, kerajaan negeri Pulau Pinang dalam perancangan untuk menghapuskan inap desa (homestay) yang lebih 90% diusahakan oleh Melayu sebagai punca pendapatan serta mendapat galakkan daripada kerajaan Pusat melalui pelancongan. Alasan menjejaskan Industri perhotelan yang lebih 95% milik bukan Melayu. Selain itu, menyokong Industri perhotelan membayar cukai, seolah pengusaha rumah inap yang diusahakan Melayu Tak bayar cukai. Ini adalah satu diskriminasi terhadap usaha kecilan menjalankan perniagaan inap desa sebagai punca pendapatan. Amat sukar mendapat sokongan kerajaan negeri untuk Melayu terlibat dalam perniagaan.

4.Kerajaan negeri-negeri lain di Malaysia tiada pun menimbulkan isu untuk mengharamkan usaha inap desa kecuali kerajaan DAP Pulau Pinang. Malahan negeri memberi sokongan untuk menggalakkan Industri pelancongan desa untuk penginapan bercuti, kenduri atau lain-lain aktiviti sosial. Agak malang di Pulau Pinang kerajaan DAP memandang serong terhadap industri kecilan inap desa yang diusahakan oleh Melayu….Selama ini DAP menuduh Melayu rasist sebenarnya siapa yang lebih rasist?

5.Terdapat amalan diskriminasi yang bersifat rasist terhahap Melayu. Gerai-gerai milik Melayu yang berniaga mencari sesuap nasi dihapuskan dengan manipulasi undang-undang PBT. Manakala yang bukan Melayu, malah pendatang asing bebas berniaga di negeri ini walaupun tiada lesen. Jarang dalam berita atau media sosial dilaporkan gerai bukan Melayu diroboh. Biasanya yang menjadi mangsa ialah gerai-gerai Melayu.

  1. Masih banyak kegiatan perniagaan haram seperti kilang, pusat judi , pusat hiburan haram dan lain-lain lagi Tak dengar pun kerajaan negeri bising. Orang Melayu boleh bernyawa sedikit dengan Industri inap desa mulalah rasa dengki kerajaan DAP terhadap Melayu baru nak pulih selepas PKP Covid-19 dan rancang untuk menjahanamkan ekonomi orang Melayu. Sudahlah banyak kampung tradisional Melayu terutamanya dalam pulau telah “dilenyapkan” atas alasan himpitan pembangunan, apa saja yang diusahakan Melayu cuba diganggu gugat.

7.Sebelum ini gamat dengan isu PSR pembinaan tiga pulau buatan ialah perancangan pembangunan mega kerajaan negeri yang ada kaitan dengan Pelan Induk Pengangkutan (PIP). Motif perancangan jangka panjang selama 20 tahun adalah satu rancangan “halus” dan licik seolah untuk menghalau Melayu daripada Pulau Pinang. Walaupun mendapat bantahan orang ramai terutamanya kaum nelayan dan pencinta alam sekitar untuk kelestarian alam sekitar dan biodiversity tetapi kerajaan DAP tetap berdegil untuk teruskan perojek ini. Sikap kerajaan DAP “mesra” kroni hanya mementingkan keuntungan ekonomi dengan mengabaikan kepentingan rakyat. Perancangan ini akan diteruskan hanya menunggu “kelulusan” agensi kerajaan pusat.

8.Dalam tempoh 20 tahun akan datang apakah nasib Melayu Pulau Pinang bolehkah meneruskan “survival” jika layanan kerajaan DAP seperti ini. Mereka dulunya minoriti setelah menguasai ekonomi dan politik inilah balasan mereka terhadap Melayu seolah “membalas dendam” kononnya Perlembagaan Malaysia memberi keistimewaan kepada Melayu. Sejauh mana Melayu sedar akan nasib mereka buka minda lapangkan dada.
Jangan melayu hilang bumi dan negara nya saperti melayu singapura atau umat Palestin.

Hj Nasir Osman
Pengurusi Putra Pulau Pinang& ADT Putra

8hb Mei 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *