Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia diangkat menjadi tema untuk Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke – 18

  • June 30, 2024
  • 5 min read
Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia diangkat menjadi tema untuk Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke – 18

PETALING JAYA, 20 Jun : Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke – 18 Bandaraya Petaling Jaya dan Pelancaran International Folklore Festival 2025 telah diadakan dengan jayanya di Laman MBPJ, pada pukul 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam tadi.

Acara kemuncak diserikan lagi dengan pertandingan perarakan ulang tahun bandaraya, persembahan kebudayaan
dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh,
Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.

Dalam perarakan, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Hampir 400 orang peserta akan menyertai perarakan dengan jumlah
keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 beserta sijil dan plak.

MBPJ komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan usaha untuk mencetuskan dan melaksanakan inisiatif untuk warga Bandaraya Petaling Jaya.

Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulangtahun, sebanyak 37 program yang dirancang sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan MBPJ dan warga Petaling Jaya.

Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah Kota Seni, selaras dengan komitmen berterusan dan pencapaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam usaha mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berasaskan kepada kepelbagaian dan keharmonian kesenian dan kebudayaan tempatan dan antarabangsa khususnya melalui penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival sejak tahun 2013 lagi.

Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini telah diklasifikasikan sebagai Government to Government Cultural Project dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai International Cultural Exchange Program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Seterusnya Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF) Malaysia (Official Partner of UNESCO) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran 1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023 pada 21 hingga 26 September 2023 di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.

Mulai tahun 2023 juga, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival telah menerima insentif promosi melalui kalendar pelancongan negara oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Secara amnya, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan.

PJ International Folklore Festival 2025 adalah signifikan kepada fasa baru penganjuran yang akan diadakan setiap dua tahun sekali (dwi tahunan). Penganjuran yang menekankan konsep penglibatan Kontinjen di peringkat antarabangsa termasuk Sister City.

Program Sister City juga dikenali sebagai Bandar Persahabatan yang menzahirkan kerjasama MBPJ dengan 7 bandar seperti Kota Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan Seongbuk-Gu (Korea Selatan), Qing Yuan (China), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat. Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.

20 Jun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga bandaraya Petaling Jaya kerana pada 18 tahun yang lalu pada 20 Jun 2006, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

Menelusuri garis masa selama 18 tahun ini, Petaling Jaya telah mengalami
pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi.
Tahun ini, “Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia” diangkat menjadi tema
untuk Sambutan Ulang Bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Zahri bin Samingon berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia Bersama Malaysia MADANI”.

MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang tahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya. Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.

Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling akan diadakan
pada 29 Jun (Sabtu) pukul 8 malam dengan Majlis Perasmian Ulang Tahun
Petaling Jaya 2024 dan Prapelancaran “Petaling Jaya International
Folklore Festival 2025″ di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling
Jaya.

Sekitar 8,000 orang membanjiri Laman MBPJ untuk bersama-sama meraikan malam yang penuh gilang-gemilang ini.
MBPJ mensasarkan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah
bandaraya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk
satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu “Petaling Jaya
Pintar, Mampan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya dan Smart, Sustainable & Resilient 2030 – PJSSR)”.
PRAP

Petaling Jaya dirancang menjadi sebuah bandaraya “a next generation city
yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi
digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Pada 20 Jun, MBPJ telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang
awam khususnya warga Petaling Jaya seperti tempat letak parking (on street
parking), penggunaan kemudahan kolam renang, padang dan gelanggang
sukan, 500 keahlian Perpustakaan Komuniti, 1000 anak pokok dan abate
(ubat jentik-jentik).

Selain itu, MBPJ juga telah membuka kaunter bayaran, kaunter semakan dan juga pameran kepada orang ramai.

Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat (27 Jun),
Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun), dan PJ Tower
Run (30 Jun).

Larian Menara MBPJ setinggi 25 tingkat dengan 552 anak tangga ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas Soh Wai Ching, pelari menara nombor satu dunia.

Selari dengan visi MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya pintar, mampan, berdaya tahan dan dinamik menjelang tahun 2025, diharapkan sambutan ulang tahun ini dapat memperkukuhkan lagi
usaha tersebut dan menggalakkan penglibatan seluruh komuniti dalam
merealisasikan visi ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan acara-acara yang telah disusun sepanjang bulan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sambutan ulang tahun, sila layari laman sesawang rasmi MBPJ di www.mbpj.gov.my atau kunjungi
laman sosial rasmi Majlis (Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter,
Instagram: @pjcitycouncil).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *