Presiden ACO YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima kunjung Hormat Menteri Kanan Kemboja, Okhnya Datuk Othsman Hasan.
Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan mengadakan kunjungan ke atas Presiden ๐๐๐๐๐ ๐๐ฐ-๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐ช๐ป๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya hari ini (30 Jun 2022).
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menyentuh pelbagai isu termasuk membangunkan sosioekonomi komuniti di Kemboja khususnya komuniti Muslim melalui model koperasi kariah masjid dan mengiktiraf peranan Sektor Koperasi di dalam ๐๐๐๐๐ ๐๐ค๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฎ๐ช๐ค ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ (AEC) ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต 2025.
โPihak ANGKASA telah mengenal pasti 10 buah masjid di Kemboja yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai koperasi kariah masjid,โ kata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Tambah beliau, ANGKASA akan mendapatkan penglibatan daripada beberapa koperasi kariah masjid yang mempunyai prestasi cemerlang di Malaysia untuk turut serta dalam usaha ini dengan memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman mereka dengan 10 masjid tersebut.
Beliau turut berharap supaya kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 dapat menyuarakan di dalam AEC ๐๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ค๐ช๐ญ mengenai memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi selepas sektor kerajaan dan swasta.
โAEC ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต edisi 2015 hanya menyentuh mengenai peranan koperasi dalam Sektor Pertanian sedangkan gerakan itu turut mencakupi sektor lain manakala AEC ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต edisi 2025 tidak menyentuh penglibatan atau peranan sektor koperasi sebagai salah satu sektor seperti yang dimainkan oleh dua sektor lain (kerajaan dan swasta), โ ujar beliau.
Sementara itu, Datuk Othsman yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Kemboja menyambut baik usaha yang akan digerakkan oleh ANGKASA dan ACO untuk membantu komuniti Islam di negara itu yang mempunyai lebih 800 ribu orang. Beliau turut berharap supaya koperasi di Malaysia dapat mengambil peluang meneroka pasaran produk makanan dan minumam halal di Kemboja memandangkan kerajaan negara itu baru sahaja menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil halal.
Hadir sama ke kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ญ๐ญ๐ช๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ, Datoโ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฐ๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Anggota Lembaga ANGKASA, Datoโ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datoโ Haji Abdullah Haji Jusoh.