Produk Koko single origin panchor penuhi permintaan pengeluar Coklat premium tempatan.

  • July 3, 2022
  • 2 min read
Produk Koko single origin panchor penuhi permintaan pengeluar Coklat premium tempatan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan Lawatan Kerja ke plot penanaman Koko Single Origin Panchor di Ladang Koko Ting Agro Enterprise (TAE), Kampung Panchor, Alor Gajah, Melaka pada 3 Julai 2022.

Ladang koko seluas 6.5 hektar ini dimiliki sepenuhnya oleh TAE dengan plot koko single origin diusahakan dengan kolaborasi strategik Kerajaan Negeri Melaka bersama Lembaga Koko Malaysia merupakan pembekal biji koko kering bagi pembuatan produk coklat dan konfeksineri tempatan yang dikeluarkan oleh syarikat Benns Ethicoa, Seniman Kakao, Chocolate Concierge dan Lee’s Cocoa. Biji koko kering yang dihasilkan oleh TAE terkenal dengan rasa unik seperti madu dan gochee berry selain saiz biji koko yang besar.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin juga telah melancarkan produk Coklat Single Origin Panchor yang dikeluarkan oleh syarikat Benns Ethicoa Chocolate. Produk coklat ini akan dikeluarkan dalam bentuk dark chocolate dengan peratusan koko yang tinggi dan dipasarkan dalam dua (2) perisa iaitu perisa madu dan perisa malt

Transaksi belian biji koko kering single origin dalam negara pada suku tahun pertama 2022 adalah sebanyak 10.94 metrik tan atau 7.5% dari jumlah pengeluaran biji koko negara bagi tempoh yang sama. Permintaan terhadap biji koko single origin yang turut dikenali sebagai koko premium adalah semakin meningkat. Oleh itu, LKM telah memberikan fokus terhadap pembangunan biji koko dan produk koko premium untuk meningkatkan pendapatan pekebun koko memandangkan harga purata biji koko premium adalah lebih tinggi iaitu antara RM12 hingga RM16 sekilogram.

Kementerian yakin bahawa projek ini akan meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan terutamanya bagi memenuhi sasaran Malaysia sebagai negara pengeluar biji koko berperisa unggul dan unik. Pengeluaran koko dari ladang ini dijangka akan melebihi 5 ribu kg pada tahun 2022 yang mampu untuk memenuhi permintaan pengeluar coklat premium tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *