๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

  • March 8, 2023
  • 2 min read
๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

Usaha untuk memastikan suara kaum wanita sentiasa didengar dalam usaha mengatasi ketidaksamaan jantina bermula dengan mereka menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka sendiri.

Koperasi merupakan antara platform yang berkesan untuk golongan wanita menyuarakan pandangan dan kritikan membina dalam memperjuangkan isu mereka dan masyarakat awam.

Demikian antara initipati ucapan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa โ€“ Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam webinar bertajuk โ€˜๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐—น ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ปโ€™ yang diadakan secara dalam talian hari ini (8 Mac 2023).

Webinar yang diadakan bersempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD) itu telah dianjurkan secara bersama oleh ICA-AP ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜–๐˜ง๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜• ๐˜Š๐˜ฐ-๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (ACO) dan ANGKASA serta disertai oleh seramai 111 peserta dari lima negara.

โ€œPenting untuk wanita mengambil bahagian dalam koperasi supaya mereka mampu mengawal kehidupan dan mata pencarian, mengasah bakat kepimpinan, menggalakkan kesaksamaan jantina dan mengatasi diskriminasi jantina,โ€ kata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Tambah beliau, penglibatan wanita dalam koperasi membantu dalam memastikan masa depan yang lebih mampan apabila mereka terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan. Usaha tersebut sekali gus menyumbang kepada kejayaan sesebuah koperasi.

Sementara itu, Ahli Lembaga ICA-AP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wanita ICA-AP, Ms. Chitose Arai dalam ucapannya menyentuh mengenai ketidaksamarataan antara wanita dengan lelaki dalam akses kepada teknologi meluaskan lagi jurang ketidaksamaan dan menyebabkan wanita ketinggalan dalam banyak perkara.

Beliau berkata demikian untuk memberi fokus kepada tema IWD iaitu โ€˜Digital: Inovasi dan Teknologi untuk Kesaksamaan Jantinaโ€™ yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meneliti impak jurang jantina dalam digital terhadap ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang semakin meluas.

Webinar tersebut membincangkan dua sub-tema iaitu โ€˜Halangan ekonomi, sosial, budaya dan tadbir urus terhadap perkembangan wanita dalam koperasiโ€™ (Sub-tema pertama) dan โ€˜Rangkaian sistem sokongan dalam merangkul kesaksamaan dalam koperasiโ€™ (Sub-tema kedua).

Perbincangan mengenai sub-tema pertama menampilkan barisan panelis yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif ๐˜‘๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ดโ€™ ๐˜Š๐˜ฐ-๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (JCCU), Ms. Chikako Futamura, Pengerusi Serantau ๐˜๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ด ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ (INKOWAPI), Ms. Farah Savira dan wakil Jantina dan Pembangunan (GAD) ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด (NATCCO), Ms. Janette B. Romero.

Barisan panelis yang membicarakan sub-tema kedua ialah Felow Penyelidik Bersekutu ๐˜•๐˜ ๐˜Œ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜๐˜ฏ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ต๐˜ฆ ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (NACF), Dr. Yoo Hyoung Suk, Pengerusi Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ด (NCMF), Ms. Saleha P. Sacar dan Pengurus Besar ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ญ (NCF), Ms. Chitra Kumari Thamsuhang Subba.

Kedua-dua perbincangan juga telah dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita ANGKASA Negeri Johor, Dr. Hayati Md. Salleh.

Turut serta dalam webinar itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Datoโ€™ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif dan barisan pengerusi ANGKASA Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *