Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

PERKESO, SPRM Bongkar Sindiket Palsukan Tuntutan Faedah Pencen Ilat

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar sindiket pemalsuan tuntutan Faedah Pencen Ilat menerusi operasi khas dikenali sebagai Ops Stroke.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata hasil risikan dan siasatan mendapati enam individu, termasuk Orang Berinsurans (OB) dan dalang sindiket, dipercayai bersekongkol memalsukan dokumen tuntutan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati bayaran faedah palsu mencecah kira-kira RM220,000, namun tindakan pantas PERKESO berjaya menghalang kerugian yang dianggarkan boleh mencecah RM3.78 juta sekiranya sindiket itu tidak dibendung lebih awal.

PERKESO menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat integriti sistem keselamatan sosial negara dan memberi peringatan bahawa semua permohonan tuntutan adalah percuma serta perlu dibuat terus dengan PERKESO bagi mengelakkan manipulasi ejen atau sindiket.
Beliau turut mengingatkan bahawa cubaan mengemukakan dokumen palsu bukan sahaja menyebabkan tuntutan ditolak, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *