Dato’ Sri Aliff Syukri Buka Wisma D’Herbs Baharu, Jualan Serendah RM1 Termasuk Happy Hour Tarik Orang Ramai

KOTA DAMANSARA – Usahawan sensasi, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencuri perhatian apabila membuka Wisma D’Herbs baharu, lengkap dengan pelbagai tawaran jualan istimewa serendah RM1, termasuk promosi happy hour, sekali gus menarik kehadiran pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pembukaan wisma tersebut bukan sekadar peluasan perniagaan, sebaliknya simbol kebangkitan dan strategi baharu selepas berdepan cabaran dunia perniagaan yang semakin kompetitif, khususnya dalam era digital dengan kos pemasaran dalam talian yang tinggi.

Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, keputusan untuk kembali memberi fokus kepada konsep walk-in dan jualan fizikal dibuat selepas menyedari bahawa perniagaan atas talian kini melibatkan yuran dan kos platform yang semakin membebankan peniaga.

“Dulu kami fokus online, tapi bila revolusi online berubah dan fee makin tinggi, kami terpaksa kembali kepada konsep walk-in, direct kepada pelanggan,” katanya.

Wisma D’Herbs baharu ini dibangunkan hasil usaha suami isteri tanpa sokongan mana-mana pihak, termasuk agensi kerajaan, sekali gus menepis tanggapan bahawa kejayaan mereka disokong oleh ‘orang belakang’.

Menariknya, pendekatan baharu Wisma D’Herbs menggabungkan konsep jualan, pameran dan karnival, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih santai dan mesra pelanggan. Pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan produk D’Herbs, malah pelbagai jualan murah dan happy hour membabitkan beg, produk penjagaan kulit (skincare), alat solek (makeup) serta pelbagai barangan lain pada harga istimewa dan terhad.

👉 Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Wisma D’Herbs baharu ini di alamat:

Prestij, 6-1, Jalan Pekaka 8/1D, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Sambut suasana membeli-belah ala karnival, rebut peluang semasa happy hour, dan jangan lepaskan peluang mendapatkan beg, skincare, makeup dan pelbagai produk lain pada harga serendah RM1 selagi stok masih ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *