Bangunan Serbaguna Kampung Angkat MADANI Chengal Lempong Siap, Dimanfaatkan Sebagai Tadika

CHENGAL LEMPONG – Sebuah bangunan serbaguna baharu yang dibangunkan di Kampung Chengal Lempong menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI kini siap sepenuhnya dan telah dimanfaatkan sebagai pusat tadika untuk kegunaan anak-anak penduduk setempat.

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Farhan Fauzi berkata beliau telah mengadakan tinjauan ke bangunan berkenaan bagi menilai sendiri keadaan fizikal, kualiti pembinaan serta kesesuaian fasiliti yang disediakan.
“Hasil tinjauan mendapati bangunan ini dibina dengan mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan dan fungsi pelbagai guna, selari dengan keperluan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pembinaan bangunan serbaguna tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM600,000 yang disalurkan melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI.
Tambahnya, pelaksanaan projek itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, khususnya melalui penyediaan kemudahan asas yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Beliau turut berharap kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat serta dipelihara dengan baik supaya terus memberi faedah bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti komuniti pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *