Aplikasi E-Testing Pilihan Bijak Calon Memandu, Lebih Mudah, Cepat Dan Selamat

Kementerian Pengangkutan Malaysia memperkenalkan sistem “e-testing” untuk ujian lesen memandu secara automasi yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, dengan ujian pemanduan e-Testing ini, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.
Beliau juga berkata, calon-calon e-testing akan diberi keutamaan dalam tempahan ujian. Sistem ini juga mempermudahkan dan mencepatkan proses mendapatkan lesen memandu.
Selain jaga integriti, ada lagi 4 manfaat untuk pilih e-testing di KPP-02 Litaran.
- Kalau gagal satu elemen pada e-testing, boleh cuba kali kedua pada hari yang sama tanpa kos tambahan
- Bagi ujian ulangan, anda hanya buat ujian ulangan yang libatkan elemen yang gagal sahaja.
Kalau pilih kaedah manual, gagal satu elemen, kena ulang semua 6 elemen sekali lagi.
- Calon ujian e-testing akan diberi keutamaan berbanding calon manual dalam tempahan ujian. Lagi cepat dapat lesen.
- Rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan.
Yang penting, lesen memandu P boleh dipaparkan dalam sekelip mata selepas calon lulus ketiga-tiga Bahagian Kurikulum Pendidikan Pemandu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Untuk mengurangkan queue panjang calon memandu, Ministry of Transport Malaysia benarkan institut memandu membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis masing-masing.
Syaratnya Institut Memandu perlu tawarkan e-testing atas litaran untuk memudahkan calon ambil ujian di satu tempat.
Institut Memandu boleh membuat permohonan bagi membuka pusat ujian KPP-01 di premis mereka bermula April 2024.