DAP JANGAN MELAMPAU – PPIM
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar tindakan
Jawatankuasa Perhubungan DAP Bagan yang dikatakan terlalu mendesak dan melampau
dalam tuntutan terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi turut mempersoalkan tindakan DAP itu kerana
sebelum ini parti yang diterajui oleh kaum Cina itu mendakwa mengutamakan kepentingan
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
“DAP Bagan juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk menambah peruntukan
pembiayaan pembangunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang bagi menebus pengabaian
yang dibuat oleh kerajaan terdahulu“.
Tetapi siapakah yang mendtadbir kerajaan Pulau Pinang? Bukankah sudah 15 tahun atau
3 penggal mereka memerintah negeri itu, nak salahkan siapa lagi kalau bukan mereka yang
mengabaikan negeri ditadbir sendiri,” katanya.
Tambah Nadzim jika mahu menyalahkan kerajaan persekutuan, DAP juga pernah menerajui
kepimpinan negara pada 2018 namun tidak banyak perubahan dilakukan ketika itu.
“Sudahlah abaikan kebajikan rakyat Malaysia, mereka sewenangnya menyalahkan kerajaan
terdahulu sedangkan mereka sendiri tidak banyak membantu dalam pembangunan
negara,”katanya.
Nadzim berkata sudah tiba masanya parti dan ahli politik hentikan menunding jari dan
menyalahkan pihak lain sebaliknya terus menjalankan tugas.
“Terlalu kejarkan populariti, publisiti dan banyak sangat mengadu domba adakah DAP tidak
pedulikan tentang tugas yang lebih penting,” tegasnya.
Sebelum ini DAP Bahagian Bagan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan
baru-baru ini mencapai tiga resolusi termasuk menggesa Fadhlina menamatkan diskriminasi
terhadap sekolah vernakular.
“Diskiminasi apa yang dimaksudkan, mereka pelajar di Malaysia, harus patuh undangundang dan syarat kelulusan pendidikan yang diiktiraf.
“Sepatutnya mereka suruh pelajar sekolah vernakular duduki SPM bukan sibukkan kejar sijil
pengiktirafan dari China,” katanya.
DAP Bagan sebelum ini menggesa Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal untuk
menamatkan diskriminasi terhadap sekolah vernakular di negara ini oleh kerajaan terdahulu
dari segi pembiayaan peruntukan pembangunan yang tidak adil tidak mengikut populasi
pelajar.
DAP Bagan turut menggesa Fadhlina supaya segera mengatasi masalah kekurangan guru
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, STEM dan Mandarin di semua sekolah di Pulau Pinang.