Lima Sekeluarga Rentung, Rumah Musnah 100 Peratus Dalam Kebakaran Awal Pagi

RAUB, 26 Februari – Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamakulat di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Syaril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.35 pagi.

“Kesemua mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Tajir Rahim berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.15 pagi dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 33 minit kemudian, iaitu pada jam 4.48 pagi.

Menurutnya, kebakaran memusnahkan keseluruhan struktur rumah selain turut membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal yang terbakar.

Operasi pemadaman melibatkan sembilan anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, dengan bantuan lima anggota serta satu FRT dari BBP Lipis.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- Jabatan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *