STBI, ICTI, MTPN, MPPN & ALPS Medical Centre, jalin MOU promosi ‘Konsep Keafiatan’

  • March 3, 2023
  • 3 min read
STBI, ICTI, MTPN, MPPN & ALPS Medical Centre, jalin MOU promosi ‘Konsep Keafiatan’

Shah Alam, 3 Mar: Tekanan hidup dalam zaman moden kini amat berat dan melelahkan badan serta minda.

Sans Therapeutics Berhad (STB) dengan berkerjasama kolej gabungan Institut Terapeutik Bertauliah Antarabangsa (ICTI), Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara (MPPN) serta ALPS Medical Centre, berganding bahu dan menandatangani memorandum untuk mempromosikan Konsep Keafiatan.

Pada masa yang sama, majlis tamat pengajian 41 graduan (STB Kursus Rawatan keafiatan semula jadi) telah dianjurkan untuk menambahkan artisan di Malaysia.

Majlis ini dianjurkan di Geno Hotel pada masa 11.30 pagi. Tetamu khas yang dijemput adalah termasuk Pengerusi MTPN Datuk Paduka Dr. Kevy Kv Yeo, Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara Merangkap dan Malaysian Influential Intellectual Property Brand Award Datuk Dr. Francis Chong Han kwang Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE Yang Berusaha Sr.TS Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dan juga jurucakap Sans Group dan bekas pemain badminton Malaysia Cik Goh Liu Ying (OLY).


Majlis tandatangan tersebut adalah dianjurkan di bawah penyaksian UTMSPACE. UTMSPACE adalah sekolah pendidikan profesional dan pendidikan beterusan di bawah jagaan Universiti Teknologi Malaysia.

Keempat-empat pihak yang disebut di atas akan mempromosikan Konsep Keafiatan dan juga kursus Rawatan keafiatan semula jadi serta melanjutkan pertukaran akademik yang lebih mendalami, demikian ALPS Medical Centre memberi tumpuan kepada perubatan pencegahan, termasuk terapi sel stem aktif.

Oleh itu, adalah dipercayai bahawa di bawah kerjasama bersama antara STB dan ALPS Medical Centre, produk penjagaan kesihatan terbaik dengan teknologi inovatif untuk merawat penyakit dan melambatkan penuaan akan diperkenalkan ke pasaran, dan konsep kesihatan STB kepada setiap keluarga.

Pengasas dan Pengarah STB, Dr Grace Tan San Chin menyatakan bahawa terdapat banyak rawatan salah yang mengakibatkan ramai pengguna menyalahfahami konsep keafiatan. Ini juga merupakan salah satu sebab Dr Grace menubuhkan San Wellness, agar orang ramai dapat menyingkirkan salah faham tersebut, dan lebih penting lagi menggunakan rawatan semula jadi serta menyedari kuasa penyembuhan rawatan keafiatan semula jadi.

“Keafiatan sebenarnya adalah sangat mudah dan boleh dicapai melalui cara hidup yang betul dan penumpuan kepada 5 dasar kesihatan, iaitu pembersihan badan, Genki saliran limfa, cara hidup dan makan, keseimbangan badan dan minda serta nutrisi mencukupi”

Beliau juga menyatakan bahawa promosi konsep “keafiatan” tidak boleh dicapai dalam semalaman. Oleh itu, beliau dan rakan sepejuangannya membawa misi ini sebagai misi seumur hidup.

Sepanjang 22 tahun yang berlalu, pelbagai latihan diberikan kepada rakan kerja, bukan sahaja untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka supaya servis pengguna ditingkatkan, tetapi juga untuk memberi peluang perniagaan kepada mereka supaya kerjaya mereka dapat didirikan di bawah syarikat STB.

Kursus rawatan keafiatan semula jadi yang dianjurkan oleh ND Show Lin, Er adalah kursus yang direka khas oleh STB and UTMSPACE untuk pekerja industri kecantikan dan kesihatan. Di dalam kursus tersebut, pelajar akan mempelajari 3 tahap berlainan yang merangkumi asas rawatan semula jadi, penguasaan sistem badan manusia dan pemahaman yang lebih mendalam rawatan semula jadi keafiatan. Kursus ini akan diakhiri dengan sijil pengiktirafan dan perasmian juru rawatan semula jadi.

“Tahniah kepada 41 pelajar yang akan menjadi graduan hari ini. Diharapkan ilmu yang dipelajari akan digunakan dengan baik, dan majulah bersama-sama dengan keluarga STB.”

Beliau percaya bahawa keafiatan akan menjadi trend masa depan. Oleh itu, beliau merayu kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai keluarga STB dan membina perniagaan penjagaan kesihatan bersama-sama.

Selain itu, STB juga dianugerahkan Anugerah Jenama TOP 500 dari MTPN serta Anugerah Malaysian Influential Intellectual Property Brand Award pada majlis tersebut.

Akhirnya, berita baik diumumkan :100 pendaftar pertama kursus akan mendapat kursus latihan tersebut yang bernilai RM 8,999 secara percuma dan memberi peluag pekerjaan. Ini adalah peluang keemasan. Jika berminat, sila hubungi Yana (+6014-6505867)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *