๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ. ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฏ๐, ๐๐ถ๐น๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ

Usaha memperluas penubuhan Koperasi Kariah Masjid di peringkat antarabangsa khususnya di negara yang memiliki kependudukan Muslim terus dipergiat ANGKASA apabila Koperasi Kariah Masjid pertama di Cebu, Filipina ditubuhkan pada 8 Julai 2024 lalu.
Majlis perasmian penubuhan Ummatan Wasathan Halal Consumers Cooperatives yang terletak di Pulau Olongo, Lapu-Lapu City, Filipina itu telah disempurnakan oleh Pesiden ASEAN Cooperatives Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan dihadiri oleh sebahagian komuniti Islam di wilayah tersebut.
Penubuhan koperasi kariah masjid yang diadakan bertempat di Masjid Al-Hidayah, Pulau Olongo, Lapu-Lapu City tersebut adalah hasil kerjasama dan sokongan padu antara ANGKASA dengan One Dakwah Foundation, Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia.
Dengan kewujudan koperasi kariah masjid di wilayah tersebut, ia menjadi titik permulaan kepada penglibatan aktif komuniti Islam dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, sekali gus mengangkat taraf sosioekonomi umat Islam dan mualaf yang dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang.
Langkah penubuhan koperasi kariah masjid di wilayah itu akan terus diperluas ke seluruh rangkaian masjid dan Pusat Islam di bawah kendalian Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia dengan sokongan One Dakwah Foundation of Philippines yang merupakan Bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Mengikut rekod, Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia adalah antara NGO yang aktif dalam menyantuni umat Islam di Pulau Cebu, Negros dan Leyte dalam menyelia lebih 80 buah masjid dan Pusat Islam sejak 10 tahun lalu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Briged Bakti Malaysia, Datoโ Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Ummah Care Malaysia merangkap Naib Presiden Briged Bakti Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria, Ketua Bahagian Koperasi National Council on Muslim Filipino (NCMF) Mr. Almojin D Pandapatan, Setiausaha Cebu Care Society yang juga Pengurus masjid berkenaan, Tuan Haji Kamal, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Hasnan Haji Mustapha dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
๐ฒ ๐๐ข๐ค๐, ๐๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ & ๐ฌ๐ก๐๐ซ๐:
๐๐ป ๐
๐: @๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ป ๐ (๐๐ฐ๐ข๐ญ๐ญ๐๐ซ): @๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ป ๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ป ๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค: @๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐๐ป๐๐ข๐ง๐ค๐๐๐ข๐ง: @๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐๐๐จ๐จ๐ฉ
๐ ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฌ๐.๐๐จ๐จ๐ฉ
๐ ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฌ๐๐ฃ๐ฎ๐ญ๐๐ฉ๐จ๐ค๐จ๐ค.๐๐จ๐จ๐ฉ