๐adikan jati diri ๐operasi sebagai panduan untuk bentuk model perniagaan
21 SEPT 2022- Model perniagaan yang dibentuk oleh koperasi seharusnya berpandukan Jati Diri Koperasi (๐๐ต๐ข๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ฐ๐ฏ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ต๐บ ) yang merangkumi definisi koperasi, nilai-nilai koperasi dan tujuh prinsip koperasi serta mengutamakan kepentingan anggota dan masyarakat daripada keuntungan.
Mempunyai pemahaman yang jelas terhadap Jati Diri Koperasi adalah signifikan dalam usaha gerakan itu memberi impak bukan semata-mata untuk pembangunan ekonomi, tetapi secara asasnya juga menyokong pembangunan sosial masyarakat.
Demikian intipati ucapan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa โ Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada persidangan meja bulat bertajuk โ๐พ๐ค๐ค๐ฅ๐๐ง๐๐ฉ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฉ๐ฎ ๐๐ฃ ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐ค๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ค๐ง ๐พ๐ค๐ค๐ฅ๐๐ง๐๐ฉ๐๐ค๐ฃโ yang telah diadakan secara dalam talian hari ini (21 September 2022).
Persidangan itu yang dianjurkan oleh ๐๐๐-๐๐ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ๐ด ๐ช๐ฏ ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฏ๐ด๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด (ICEI) dan ๐๐๐-๐๐ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ฏ๐ด๐ถ๐ฎ๐ฆ๐ณ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ serta ANGKASA telah disertai oleh lebih 60 peserta dari 11 negara. Hadir sama ke program tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datoโ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyeru warga koperasi untuk berpegang teguh pada Jati Diri Koperasi terutama ketika dunia sedang berusaha pulih daripada kesan pandemik COVID-19 serta mengatasi krisis seperti jurang ketidaksamaan dari segi taraf hidup, sekuriti makanan dan berdepan impak perubahan iklim.
Persidangan tersebut terbahagi kepada dua bahagian yang membincangkan mengenai identiti koperasi (bahagian pertama) oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan prinsip koperasi keenam iaitu kerjasama antara koperasi (bahagian kedua) oleh Naib Pengerusi ICEI, Mr. Ichiro Nakamori.
Peserta turut diberikan lawatan secara maya (๐ท๐ช๐ณ๐ต๐ถ๐ข๐ญ ๐ต๐ฐ๐ถ๐ณ) ke ๐๐ฐ๐ค๐ฉ๐ฅ๐ข๐ญ๐ฆ ๐๐ช๐ฐ๐ฏ๐ฆ๐ฆ๐ณ๐ด ๐๐ถ๐ด๐ฆ๐ถ๐ฎ di United Kingdom dan menyaksikan persembahan video mengenai kajian kes koperasi di setiap peringkat institusi pendidikan di Malaysia.
Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, sejarah gerakan koperasi dunia yang bermula dengan penubuhan ๐๐ฐ๐ค๐ฉ๐ฅ๐ข๐ญ๐ฆ ๐๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ช๐ฐ๐ฏ๐ฆ๐ฆ๐ณ๐ด ๐๐ฐ๐ค๐ช๐ฆ๐ต๐บ pada kurun ke-18 telah mengharungi pelbagai bentuk cabaran yang akhirnya membentuk โperaturanโ dalam kerjasama dan kebersamaan. Peraturan itulah yang diguna pakai oleh koperasi di seluruh dunia sebagai prinsip koperasi sehingga kini.
Sementara itu, Pengerusi ICEI merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, antara cabaran sedia ada yang perlu dipandang berat oleh warga koperasi adalah menerapkan pemahaman yang kukuh mengenai Jati Diri Koperasi dalam kalangan masyarakat. Katanya, identiti koperasi sewajarnya dijadikan sebagai mekanisme yang berkesan untuk memperkukuhkan daya saing koperasi supaya kekal relevan dan signifikan dalam menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara.