Klang, 2 Mei 2026 — Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa Akan Menganjurkan “Pesta Chithirai Perpaduan Sentosa” Yang Dijadualkan Berlangsung Pada 10 Mei 2026, Bermula Jam 9.00 Pagi.
Menurut YB Dr. Gunaraj George, ADN Sentosa Merangkap Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Program ini Dianjurkan Bagi Mengeratkan Perpaduan Masyarakat Pelbagai Kaum Serta Memperkasakan Budaya Dan Tradisi Masyarakat india Kepada Orang Ramai.
Beliau Berkata, Pelbagai Acara Menarik Akan Diadakan Termasuk Persembahan Kebudayaan, Program Kesenian, Pertandingan Serta Aktiviti Kekeluargaan Yang Melibatkan Penyertaan Masyarakat Setempat.
Katanya Lagi, Program Seperti ini Mampu Menjadi Platform Untuk Menyatukan Masyarakat Tanpa Mengira Kaum Dan Agama Selain Memupuk Semangat Persefahaman Serta Keharmonian.
Penganjur Turut Menjangkakan Kehadiran 3000 Pengunjung Memandangkan Sambutan Masyarakat Terhadap Program Kebudayaan Seperti ini Amat Menggalakkan.
Orang Ramai Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Sambutan Tersebut.



