JOHOR HADKAN KEUNTUNGAN PENGANJUR BAZAR RAMADAN SWASTA KEPADA 30% MULAI TAHUN DEPAN
: Kerajaan negeri Johor akan menyelaraskan kadar sewaan petak Bazar Ramadan swasta mulai tahun depan bagi mengelakkan caj melampau terhadap peniaga.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, , berkata penyelarasan itu dijangka mengehadkan keuntungan bersih penganjur bazar swasta kepada maksimum 30 peratus daripada kadar sewaan petak peniaga.
Menurutnya, kadar sewaan akan mengambil kira faktor lokasi serta kemudahan yang disediakan penganjur, selain persetujuan bersama antara penganjur dan peniaga.
Katanya, ketika ini tiada kawalan khusus terhadap kadar sewaan bazar Ramadan swasta, namun kerajaan negeri mendapati ada penganjur mengenakan sewa yang terlalu tinggi.
“Apabila kita turun padang, ada sewa tinggi kerana penganjur menyediakan khemah, mengurus kebersihan, menyediakan petugas keselamatan dan pelbagai fasiliti lain.
“Ada petak disewa sehingga RM5,000 dan kadarnya kekal bertahun-tahun. Namun begitu, sesetengah peniaga memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada sewaan, sebab itu mereka tidak membuat aduan,” katanya.
Beliau menambah, had keuntungan 30 peratus itu dianggap munasabah kerana dalam industri makanan dan minuman, margin keuntungan lazimnya antara 30 hingga 50 peratus.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak bazar Ramadan di Nusa Perintis, yang turut dihadiri Datuk Bandar , .
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri memulakan penyelarasan kadar sewa di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini dengan menetapkan kadar sewaan maksimum di bawah RM500 bagi satu petak niaga.
Menurut Mohd Jafni, pelaksanaan fasa pertama melibatkan 16 PBT di seluruh , dengan kadar sewa bergantung kepada lokasi dan kategori majlis, termasuk kawasan daerah yang mengenakan sewa sekitar RM100 hingga RM200.
Bagi Ramadan tahun ini, kerajaan negeri meluluskan 224 lokasi bazar dengan 13,576 petak niaga — peningkatan sebanyak 819 petak berbanding tahun lalu.



